| Apa itu Migrain? |
|
|
Apa Itu Migrain? Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Adakah anda biasa mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala? Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelilingnya? (selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk). Atau adakah anda biasa berasa amat sensitif pada bunyi (fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda mengalami gejala-gejala di atas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Migrain juga di kenali sebagai ´vascular headache´, manakala dalam bahasa Greek ia di kenali sebagai ´henimikrania´ yang bermaksud sebelah tengkorak. Kebiasaannya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama kelamaan pada kedua-dua belah kepala. Pada tahap yang teruk migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflamasi). Ia juga kadang-kala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura. Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh. Migrain juga adalah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. FAKTOR-FAKTOR PENTING PENYEBAB MIGRAIN Keturunan
Pemakanan
Sesetengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini terjadi apabila kandungan gula dalam darah menurun dan secara tidak langsung menyebabkan saluran darah mengembang. Alahan (alergik) juga boleh menjadi penyebabnya, begitu juga dengan waktu makan yang tidak tetap atau tidak makan. Bagi individu yang kerap mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe dan minuman berkarbonat, pemberhentian secara mendadak juga boleh menyebabkan migrain. Kaffein akan menyempitkan saluran darah dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman yang berkaffein ia akan menyebabkan saluran darah mengembang dengan cepat.
Hormon
Bagi wanita yang mengambil pil perancang sesetengahnya mengalami masalah migrain kerana ada sesetengah pil mengandungi oestrogen begitu juga dengan wanita yang mengalami menopause dan menjalani rawatan HRT (hormone replacement therapy). Kaedah ini juga turut mengandungi oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.
Gaya Hidup Dan Penyebab
JENIS-JENIS MIGRAIN Antara tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, bayangan berganda, kebas, buta sementara, pening dan berpusing, sukar bercakap dan fikiran bercelaru. Ini di sebabkan oleh saluran darah yang berfungsi sebagai penghantar darah ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghad penghantaran darah. Seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Common Migrain Kesimpulannya, walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain, keadaan masih boleh dikawal. Ubat-ubatan yang ada kini dapat membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain. |
| < Prev | Next > |
|---|













