Laman Utama arrow Artikel Kedai-E arrow Artikel Kedai-E arrow 4000 Racun Bahaya Dalam Asap Rokok
Tuesday, 09 February 2010
 
 
Daftar Untuk Chat!
Username

Password

Remember me
Forgotten your password?
No account yet? Create one
Pengurusan Kedai-E
Pengurus Besar


KMJ
019 222 3995
kmj5284@yahoo.com

Pengurus Pemasaran & Kejurulatihan


Akmal
019 339 3995
akmal_aura@yahoo.com
Pengurus Besar Operasi


Ning
019-3511790
ning_only04@yahoo.com
Pembantu Khas


Epoy
013-2703744/013-2857347
epoy_kopi@yahoo.com
Pembantu Khas


Kak Khem
019-3524388
kak.khem@yahoo.com
Pembantu Khas


Iffah
012-3234912
iffah768@yahoo.com
Pembantu Khas

Arwah Snitt


Pembantu Khas


Nurkhai
017-3363500
nurkhai_dcl@yahoo.com.my
De Classic Life (DCL)
DCL - Selayang Pandang..
Bina Impian Bersama DCL
Pelan Pemasaran
Produk DCL Secara Am
Usahawan DCL Kedai-E
Ingin Menjadi Ahli DCL?
Kongsi Kejayaan
Kelebihan JOIN Kami
Galeri Kedai-E
Produk-produk DCL
Aeroguara
Apple Green Diet Tea
Apple Gold 5 in 1
Be-One Multi Gel
Bidadari
Clon Clenz
D-Bless
D-G'nius/E-G'nius
D'Laila (Acne Series)
D'Laila (Beauty Series)
Fantasia Magic Color Lipstick
Fantasia Shower Scrub
InteCleanse
Ionic Nucifera
Kolas-Gen
Love Hygine Wash
Madu Amazing
Nig'ELLA Oil
NuAge
Oxy Pi D'Ionik
Oxy Pi Water Treatment
Perfumed Moisturizer
QShe
Red Guara Cafe (Aluminium)
Red Guara Cafe (DCLWARE)
Revo Xtra
Ry-ILEX
Serbuk Pencuci - SA9
Set Asas 5P
Set Bersalin DCL
Stokin Bio-Energy
VNG400
Pembayaran Maybank
Khamisah Mohamed Jamil 512419050651 Khamisah Mohamed Jamil 512419050651
Akmaluddin Mustajid 512026500045
Akmaluddin Mustajid 12680005745527 Akmaluddin Mustajid 12680005745527
Akmaluddin Mustajid 12092022741773 Akmaluddin Mustajid 12092022741773
Track & Trace Pos Malaysia Track & Trace Pos Malaysia
Citylink Shipment Tracking Citylink Shipment Tracking
Airpak Shipment Tracking Airpak Shipment Tracking
Statistik Kedai-E
Members: 1702
News: 442
WebLinks: 2
Visitors: 924231
Jom sembang-sembang produk..
4000 Racun Bahaya Dalam Asap Rokok E-mail

SEBUTLAH apa jua jenis penyakit yang bakal menyerang dan boleh meragut nyawa, semuanya tidak berkesan di hati perokok. Makin ditegah, makin banyak kempen kesedaran diadakan, semakin menjadi-jadi pula tabiat merokok yang kini mula menular di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.

Kanser juga tidak digeruni perokok kerana kebanyakan kes berlaku pada perokok berumur 50 tahun ke atas. Jadi ia sukar memberi kesan di hati perokok muda yang menganggap perkara itu masih terlalu jauh untuk berlaku kepada mereka.

Namun, seperkara yang perlu diingat dan difahami betul-betul ialah, insiden kes kanser mula melanda pesakit muda. Menariknya, sembilan daripada 10 jenis kanser paling popular bagi lelaki berpunca atau ada kaitan rapat dengan merokok.

Pengarah Eksekutif Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, berkata penggunaan tembakau (sama ada menghisap rokok, cerut atau paip) menyumbang 30 peratus kematian di kalangan pesakit kanser.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya ada 15 jenis kanser yang dikenal pasti berhubung rapat dengan tabiat merokok, antaranya barah paru-paru, mulut, tekak, buah pinggang, serviks, usus, perut, pankreas dan prostat. Berita baiknya, dua pertiga daripada semua jenis kanser boleh dielakkan dan caranya sangat mudah, iaitu berhenti merokok.

Statistik berdasarkan Persidangan Kawalan Tembakau Malaysia 2005 pada Mei lalu menunjukkan hampir 50 peratus lelaki Malaysia merokok dan jumlah ini adalah jauh jika dibandingkan dengan jumlah purata insiden merokok dunia (49 peratus) dan 39 peratus di negara membangun.

“Dianggarkan ada lapan juta perokok di Malaysia dan yang menyedihkan, 75 peratus mula merokok sebelum umur 20 tahun. Kini, umur perokok semakin muda dan ada kanak-kanak sekolah rendah juga mula merokok. Ini bermakna kebarangkalian mendapat kanser boleh berlaku lebih awal.

“Asap rokok mengambil masa panjang untuk menunjukkan keburukannya. Biasanya, keburukan ini muncul apabila umur menjangkau 50 tahun dan ini sebabnya ia tidak dapat menyedarkan perokok muda. Mereka anggap mereka muda dan perjalanan untuk dapat penyakit masih terlalu jauh,” katanya.

Rasanya semua orang tahu maklumat mengenai asap rokok yang mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya dan 60 daripadanya sangat beracun. Antaranya Ammonia (bahan pencuci lantai), Aseton (bahan penanggal cat), Arsenik (racun anai-anai), Toluidine, Urethane, Toluena (Bahan Pelarut), Dibenzacridine, Fenol, Butana (bahan api pemetik api), Karbon Monoksida (gas beracun ekzos kereta), Polonium-210, DDT (racun makhluk perosak), Maetanol (bahan api roket), Kadmium (bahan dalam bateri kereta), Naftalena (ubat gegat), Dimethylnitrosamine, Pyrene dan Naphthylamine.

Selain itu, pengusaha memasukkan 60 jenis bahan untuk ‘menyedapkan’ rasa rokok, termasuk gula dan nikotin. Nikotin menyebabkan orang ketagih merokok dan kesannya jauh lebih berbahaya berbanding heroin. Apabila anda merokok, asap rokok meresap masuk ke air liur dan semua sel dalam mulut. Apabila asap ditelan, semua racun tersebar ke semua sel laluan pernafasan sebelum berkumpul dalam paru-paru. Air liur bertindak balas memecahkan komponen asap rokok sebelum meresap ke salur darah.

Dari sini, bahan beracun dalam asap rokok merebak ke seluruh organ dalam badan. Ini juga sebabnya seorang lelaki boleh secara tiba-tiba mengalami masalah kesuburan, mati pucuk atau mendapat kanser prostat yang semuanya menyerang dalam diam. Asap rokok meracuni air liur yang menyebabkannya hilang manfaat asalnya. Akibatnya air liur bertukar kepada bahan yang boleh merosakkan sel dalam mulut dan menyebabkan gigi berlubang serta penyakit gusi. Dr Saunthari berkata, merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap semua bahagian dalam sistem pencernaan yang menyebabkan masalah ulser dan pedih ulu hati.

Selain itu, asap rokok memusnahkan bahan antioksidan semula jadi dalam air liur dan ia menjadi perangsang kepada pembentukan kanser dalam mulut. Perokok juga memerlukan lebih banyak vitamin C berbanding bukan perokok kerana kepekatan vitamin ini susut apabila merokok. Perokok memerlukan 110 miligram vitamin C sehari (bagi wanita) dan 180 miligram bagi lelaki untuk kekal sihat.

“Semua hasil tembakau memberikan kesan buruk sama seperti rokok, walaupun ia tidak dibakar. Tidak benar dakwaan yang mengatakan hisap cerut kurang berbahaya berbanding rokok kerana kandungannya lebih kurang sama,” katanya.

Malah, ada kajian yang dilaporkan dalam American Journal of Epidemiology menunjukkan, mengurangkan bilangan rokok dihisap setiap hari tidak memberi perbezaan nyata dengan orang yang merokok 15 batang sehari jika dinilai berdasarkan risiko kematian. Bagaimanapun, orang yang berhenti merokok boleh merendahkan risiko kematian sebanyak 35 peratus. Pun begitu, tidak ramai berdaya sampai ke peringkat ini, melainkan dengan kemahuan sendiri dan disertai semangat tinggi.

“Kebanyakan pesakit saya menyesali tindakan mereka. Untungnya penyakit mereka dapat dikesan awal dan masih boleh dirawat. Dalam keadaan ini, sudah terlambat untuk menyesal, tetapi hidup mesti diteruskan. Justeru, kami di NCSM lebih memberi tumpuan untuk menguatkan semangat mereka,” katanya.

Bekas pesakit kanser di NCSM kini menubuhkan kumpulan sokongan untuk memberi semangat kepada ahli kumpulan atau pesakit baru. Di sini mereka saling berkongsi pengalaman dan menyuntikkan kesedaran mengenai bahaya rokok kepada orang lain. Sesiapa yang berminat menyertai kumpulan sokongan ini boleh datang ke ibu pejabat NCSM di Jalan Raja Muda Abdul Aziz pada jam 2 petang setiap Khamis minggu ketiga atau hubungi talian 03-26987300 bagi mendapatkan penerangan mengenai kanser.

DATA MENGENAI PEROKOK:
Jangka hayat lebih pendek 14 tahun daripada bukan perokok.

Rokok penyebab utama kepada:
• Penyakit jantung.
• Bronkitis.
• Strok.
• Nafas berbau.
• Gigi dan lidah bertukar warna.
• Luka dalam mulut sukar sembuh.
• Mengurangkan kepekaan deria rasa dan bau.
• Melanosis (tisu badan menjadi hitam akibat penghasilan banyak melanin).
• Masalah kerosakan gigi dan gusi.
• Gingivitis kronik.
• Ulser gingivitis.

Rokok penyebab utama kanser:
• Paru-paru.
• Larinks (peti suara).
• Leukoplakia (tompok putih dalam mulut, boleh bertukar menjadi kanser).
• Esofagus.
• Perut.
• Pankreas.
• Leukemia.
• Buah pinggang.
• Usus.
• Pundi kencing.

Rokok bertanggungjawab menyebabkan kematian akibat:
• Kanser paru-paru.
• Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).
• Sakit jantung. • Strok.

< Prev   Next >
Waktu Kini
Siapa Online..
We have 94 guests online and 5 members online
  • cikSiti
  • ainshah
  • eyda10
  • akmal
  • kmj
Ahli Terbaru
Noramiza Zakaria(armiezar)
(2010-02-08 16:06:08)
dyan(dyan)
(2010-02-08 10:58:23)
Fadodolehycle(Fadodolehycle)
(2010-02-08 05:53:07)
clalleloberen(clalleloberen)
(2010-02-08 01:39:13)
PeanteeLoop(PeanteeLoop)
(2010-02-07 06:52:39)
Kedai-E
Laman Utama
Artikel Kedai-E
Tatacara Pembelian
Hubungi Kami
Carian
Produk-Produk Lain
Aura Genius
Auraseri
Bengkung Lilit Dania
Bengkung Tali Dania
Produk Kecantikan Eriesya
Losyen Mustajab Pati Halia
Kapsul Pati Halia
Losyen Mujarab Pati Limau Nipis
Phytofiber
GainEight
Sabun Payung Mahkota
Krim Uban Zulaikha
Citra Slimm Patch
PRODUK KELAPA DARA
Minyak Kelapa Dara
Minyak Kelapa Dara Lelaki
Kapsul Kelapa Dara Habbatussauda
Tonik Rambut
Losyen Tangan/Badan
Sabun Badan
Losyen Kamar Sutera
Losyen Power 3 Lines
PRODUK PELANGSINGAN
RxLite
Green Apple Diet Tea
Program Langsing DCL
Dres" Sylim
Baju Infrared Eternal
Fat Burning Belt
SET HAMIL BIODEX
Set Kehamilan BIODEX
Set BIODEX Semasa Hamil
Set BIODEX Untuk Lelaki
SET HAMIL DCL
Set Hamil DCL
Set DCL Ketika Hamil
Set Kestabilan Hormon Lelaki
SET SELEPAS BERSALIN
Set Bersalin DCL
Set Bersalin BIODEX
Set Confine Mum - Leesa Formula
Beli Online
Categories Produk DCL (35) Set Bersalin (2) Minyak Kelapa Dara (3) Mandian & Minyak Aromatherapy (2) Pelangsingan (2)

List All Products


Advanced Search




Forgotten your password?
No account yet? Create one
 
Top! Top!