| Kongsi Kejayaan |
|
|
Mula berjinak-jinak dengan bisnes di internet sejak tahun 2003 lagi. Pada ketika itu menjual dan mempromosikan makanan ringan, juadah hariraya dan barangan katalog secara kecil-kecilan di internet melalui website Kedai-E.Net. Pengalaman berniaga kecil-kecilan ini , banyak mengajar saya selok belok perniagaan internet. Teruja dengan beberapa produk DCL yang diwar-warkan di forum Melayu.Com pada tahun 2004 telah mengheret saya ke dunia MLM. Tanggal 13 ogos 2004 adalah tarikh keramat bermulanya kerjaya saya sebagai usahawan De Classic Life (DCL). Ini adalah MLM yang pertama saya sertai. Di awal pembabitan, saya banyak dibantu oleh adik ipar saya Hidayat, yang sama-sama berganding bahu menjayakan pesanan dan tempahan dari pelanggan serta downline, memandangkan suami pada ketika itu bertugas membina dan membangun perisian bersama teamnya yang dipanggil MynetBase.Net. April 2005, melihat saya melangkah setapak lagi, sebagai sub-stokis kawasan Kajang. Laman web Kedai-E.Net pula diberikan nafas baru dengan memasarkan produk-produk DCL sebagai wadah perjuangan. Walaupun begitu perniagaan kerepek, juadah hariraya dan pelbagai produk sampingan masih lagi kami teruskan di atas permintaan beberapa orang pelanggan setia. Produk DCL mula mendapat tempat di hati suami sejak migrain dan resdung yang dihidapinya sejak bertahun lalu pulih dengan pengambilan produk-produk DCL. Memandangkan bisnes DCL yang saya jalankan semakin rancak dan kumpulan tajaan saya semakin berkembang, suami telah membuat keputusan untuk menyertai saya bersama-sama menjayakan DCL sebagai wadah perjuangan, 2 tahun kemudiannya. Mengorak langkah melalui intenet, saya dan suami sama-sama berganding bahu membina rangkaian di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Labuan,Singapura dan kini sudahpun berkembang di negara Brunei. Oktober 2006, kami melangkah setapak lagi sebagai Pusat Servis Daerah Online. Sehingga 01 Januari 2009, kami telah berjaya membina lebih 4,500++ pengedar rangkaian, lebih 60 Sub Pusat Servis dan 3 Pusat Servis Daerah berada di bawah naungan Kedai-E.
Sebagai ibu kepada 5 orang kanak-kanak yang masih kecil, sebagai seorang surirumahtangga yang sibuk dengan urusan seharian menguruskan rumah, saya tidak pernah mengganggap semua itu sebagai satu kekangan untuk meneruskan perjuangan dalam perniagaan. Jangan jadikan keluarga sebagai satu sandaran atau alasan. Bak kata pepatah ”Tangan yang menghayun buaian mampu menggegar dunia!”. Hanya berniaga di internet anda boleh menambah pendapatan tanpa meninggalkan keluarga anda. Mempunyai anak berusia 12 tahun, 11 tahun, 10 tahun, 8 tahun dan 2 tahun, saya masih boleh membahagi-bahagikan masa antara anak-anak, suami, urusan rumahtangga dan juga perniagaan saya. Anak-anak tidak pernah ditinggalkan walau ke mana dan atas urusan apa sekalipun. Walau ke ceramah-ceramah anjuran DCL, ke homeparty-homeparty yang diadakan di merata negeri, mahupun keluar mengambil stok atau menghantar pesanan downline dan pelanggan, anak-anak tetap dibawa bersama.
Tujuan kami agar anak-anak ini dapat sama-sama belajar berniaga bermula dari usia yang muda dan sama-sama melalui perit jerih kami dalam membina pendapatan seisi keluarga. Berkat usaha kami, pengorbanan anak-anak, juga hasil usaha rangkaian usahawan kedai-e dan doa semua, saya telahpun dinobatkan sebagai Pelayak ke 30 Tabung Kereta Percuma DCL pada bulan Oktober 2006 yang lalu. Bak kata Amalina Che Bakri, ”Usaha itu nikmat dan kejayaan adalah hasilnya”. Kini kami mula menghitung calon-calon pelayak kereta percuma DCL di kalangan usahawan kedai-e. ![]() 27 hb Mei 2007 kami telah dianugerahkan sebagai Pusat Servis Daerah Berpotensi bagi Kawasan Zon Tengah 2007 (Bagi Negeri Selangor) oleh syarikat DCL. Akhir kata dari saya, ucapan terimakasih dan syabas kepada semua usahawan cemerlang kedai-e kerana sanggup berpanas berhujan dan bersusah payah demi memberikan khidmat yang terbaik kepada semua pelanggan yang ada. Anda adalah tunggak perjuangan. Tanpa anda siapalah kami... Terimakasih juga kepada pemimpin-pemimpin atasan kumpulan iaitu CD Christopher Molie, CD Johari Nasir, CD Norashikin Jana serta semua barisan pentadbiran DCL yang diketuai oleh Dato' Stapa Haji Omar dan Dato' Azlina Che Abdullah. Juga tidak dilupakan kepada pemilik Business Centre (BC) Selangor iaitu DD Dr. Abdul Rani Harun dan isterinya Kak Nani. Khidmat anda selaku stokis adalah yang terbaik abad ini. BC Selangor juga telah dianugerahkan sebagai Pusat Servis Kawasan Terbaik bagi Zon Tengah 2007. Khas buat suami tercinta Encik Akmaluddin sokongan yang diberikan dari setiap sudut dan penjuru telah memantapkan lagi perjuangan ini. Khas buat buah hati pengarang jantung mama, Atiqah Hazirah, Muhammad Arif Aiman, Muhammad Arif Hakimi, Muhammad Arif Luqman dan Muhammad Arif Fahmi, terimakasih kerana memahami kesibukan mama dan ayah di dalam proses membesarkan ANAK ANGSA EMAS untuk anda semua.
Berbekalkan ungkapan, ”Perjalanan Beribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama”, saya ingin menyeru anda semua marilah kita bersama meningkatkan ekonomi ummah seterusnya menggapai dan merealisasikan impian bersama DCL!
Dipetik dari akhbar sinar harian bertarikh 05 mac 2010...
Jumpa Anda "SEMUA" Di Puncak Kejayaan! |

Kongsi Kejayaan
















