| QShe |
|
|
Pemakanan/penggunaan produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah supplemen untuk kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh. Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormone, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda perolehi dari produk-produk lain. Tak perlu lagi menyeksa diri dengan suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk menjadi cantik dan jelita. Bertindak dari dalam untuk menerlahkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki, dalam dan luar. Anda pasti kagum dan berpuashati dengan hasilnya. Pueraria Mirifica Ramai di kalangan kita tidak tahu apa itu estrogen. Estrogen merupakan sejenis hormon yang dihasil dari dalam badan kita. Keupayaan dan tahap pengeluarannya mempengaruhi pembentukan badan seseorang perempuan semasa awal baligh iaitu antara 9-12 tahun. Selepas itu, penghasilan estrogen dalam tubuh akan terhenti dan hanya dihasilkan sekali dalam sebulan, iaitu semasa kedatangan haid. Jika tidak berwaspada, pengeluaran akan terus berhenti dan ini akan memungkinkan seseorang itu mendapat menopos awal atau terputus haid lebih awal dari jangkamasa yang sepatutnya. Pengeluaran yang tidak stabil akan menjadikan pertumbuhan bentuk badan menjadi tergendala dan terbantut, seperti payudara yang terlalu kecil dari saiz badan dan saiz yang berlainan antara satu sama lain. Pueraria Mirifica, adalah satu-satunya tumbuhan Anugerah Tuhan yang boleh membantu menyeimbangkan penghasilan dan pengeluaran hormon manusia. Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga pueraria. Dari kajian yang dijalankan oleh beberapa saintis sejak di awal abad ke 19 lagi, mendapati bahawa Pueraria Mirifica merupakan yang nombor satu jika dibandingkan dengan jenis-jenis keluarga pueraria yang lain. Manakala, keluarga pueraria yang lain langsung tidak sesuai dan tidak digalakkan. Pueraria Mirifica hanya tumbuh dan terdapat di utara Thailand. Berbanding dengan keluarga pueraria yang lain, yang juga tumbuh di beberapa negara asia yang lain termasuk Filipina dan Indonesia. Namun ianya tidak memberi sebarang kesan yang memberangsangkan dan tidak standing dengan Pueraria Mirifica dari Thailand. Tumbuhan yang telah sekian lama wujud sejak beratus-ratus tahun ini mula mendapat tempat di pasaran global dan menjadi kegilaan kepada pengeluar untuk dikomersialkan. Antara kebaikannya adalah :- KULIT - menganjalkan kulit yang telah melendut KUKU - mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh
- mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya BADAN - melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak PAYUDARA DAN PUNGGUNG - mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur RAHIM DAN VAGINA - mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal KESIHATAN - menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan) Akibat dari penurunan tahap kolagen dan serangan radikal bebas melemahkan dan mengurai serat kolagen di dalam epidermis. Pengurangan proteoglikan juga telah mengakibatkan serat kolagen jadi tidak sekata dan terganggu. Ini mengakibatkan kulit hilang keanjalan dan struktur kulit terjejas menyebabkan keadaan kulit jadi melendut dan garis-garis serta kedutan akan terbentuk. Peningkatan kadar hormon estrogen akan menggalakkan peningkatan proteoglikan supaya dapat mengekalkan kalgen dalam susunan yang sekata, ini menjadikan keadaan kulit kembali anjal dan dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan. Sebanyak 75% daripada tisu kulit manusia terdiri daripada kolagen yang penting untuk mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit. Kolagen berperanan besar dalam menjadikan kulit licin, anjal dan berseri, seperti semasa kulit kita di usia remaja. Namun, penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Masalah kulit kering, tidak bermaya, berkedut, dan melendut, keguguran rambut dan tidak bermaya, kuku yang lemah dan mudah rapuh, adalah disebabkan oleh pengurangan tahap kolagen dalam badan. Penurunan kolagen juga menyebabkan kehilangan jisim badan tanpa lemak yang mengakibatkan penurunan metabolisma badan, maka peningkatan berat badan tanpa peningkatan di dalam pengambilan makanan akan terjadi. Semua ini disebabkan oleh kemerosotan tahap hormon di dalam badan. Akibat dari kemerosotan dan kekurangan penghasilan kadar estrogen di dalam badan kerana semakin meningkatnya usia, akan merubah bentuk badan seseorang wanita. Selain dari faktor usia, melahirkan anak dan cara pemakanan juga menjadi antara penyebab utama kepada perubahan bentuk badan manusia. PERINGATAN :- HARGA : WM RM68.00 | EM75.00 | BRU B$38.50 | S'PORE $37.00
|
| < Prev | Next > |
|---|

QShe












